SimCity 4
SimCity 4

SimCity 4

SimCity 4 (SC4) ialah sebuah permainan penyelakuan pembinaan bandar untuk komputer yang dibangunkan oleh Maxis, sebuah subsidiari Electronic Arts. Ia diterbitkan pada 14 Januari, 2003. Ia merupakan pemasangan keempat dalam siri SimCity. SimCity 4 mempunyai sebuah pek kembangan yang dikenali sebagai Rush Hour yang menambah beberapa ciri dalam permainan ini. SimCity 4: Edisi Mewah mengandungi permainan asal dan Rush Hour yang digabungkan sebagai sebuah produk.Permainan ini membolehkan pemain mencipta kawasan tanah melalui kaedah terraform, dan kemudian mereka dan membina sebuah petempatan yang kemudiannya boleh berkembang menjadi bandar. Pemain boleh menetapkan zon tanah berlainan seperti pembangunan komersial, industri, atau perumahan. Pemain juga dapat membina dan menyelenggara perkhidmatan awam, pengangkutan dan utiliti. Untuk kejayaan sesebuah bandar, pemain perlu menguruskan kewangan, alam sekitar, dan kualiti hidup penduduk bandar tersebut. SimCity 4 memperkenalkan kitaran siang malam dan beberapa kesan khas lain buat pertama kalinya dalam siri SimCity. Alatan seperti Building Architect Tool (Alat Arkitek Binaan)(BAT) membolehkan bangunan dan kandungan tersendiri daripada pihak ketiga ditambah dalam permainan.SimCity 4 dipuji kerana menjadi permainan pertama dalam siri SimCity untuk menggunakan enjin 3D secara umum untuk proses pelepaan grafik. Permainan ini telah menerima pelbagai sanjungan, beberapa anugerah, dan merupakan salah satu daripada 10 permainan video teratas paling laris dijual pada tahun 2003.[3] Walau bagaimanapun, ia telah dikritik akibat kesusahan permainan dan tuntutannya terhadap prestasi komputer.

Rujukan

WikiPedia: SimCity 4 http://www.amazon.com/Aspyr-618870103501-SimCity-4... http://www.amazon.com/Electronic-Arts-SimCity-4/dp... http://simcity.ea.com/about/inside_scoop/sc4_retro... http://simcity.ea.com/community/events/bat_chat_2_... http://simcity.ea.com/coolstuff/landmarks/index.ph... http://simcity.ea.com/coolstuff/loteditor/lotedito... http://simcity.ea.com/coolstuff/terrain/terrain_01... http://simcity.ea.com/update/index_update.php?prod... http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118743 http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118764